MOBI Travelog Haji Mengusik Hati PDF ´ Travelog Haji PDF à multi channel.co

Masya Allah Subhanallah AllahuakbarSungguh saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga tiga buku iaitu Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman THMSI Travelog Dakwah Meniti Hari Esok TDMHE dan 50 Tip Motivasi Haji50TMH hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembacaTentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad Pengerusi PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 Sepatah komen beliau “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca” Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan menerbitkan buku iniTHMSI adalah sejarah Proses penulisannya melalui pelbagai tahap dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci Ada ketikanya air mata menitis tanpa paksaan Ada ketikanya saya tersenyum sendirian Namun rasa tunduk dan patuh kepada Nya melingkari hari hari bersama rasa hati yang sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan imanTDMHE adalah catatan pasca haji Ia ditulis ketika hati masih terawang awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi Nya Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah Saya mempunyai keinginan yang jelas seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid bangun malam berpuasa sunat membaca Al uran dan terjemahan serta membersihkan hati Ia permintaan dan permohonan kepada Nya terlangsung bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah kisah lampau Ini sebagaimana catatan dalam THMSIRasa ini yang melahirkan 50TMH Ia adalah THMSI yang dipermudahkan Khalayak pembaca mungkin bersama sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al uran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah Malah ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al uran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah Namun catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata mata Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah hajiAkhirnya ketiga tiga buku ini iaitu THMSI TDMHE dan 50TMH bersifat kesalingan Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat kepada khalayak pembaca terutamanya mereka yang mengenali saya selepas tujuh tahun penghasilan buku THMSI Kesukaran mencari ketiga tiga buku serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan


10 thoughts on “Travelog Haji Mengusik Hati

  1. says:

    Alhamdulillah selesai Banyak pengajaran yang dicerna waima sekali imbas kadang kala ianya hanya cebisan kecil


  2. says:

    MashaAllah mashaAllah mashaAllah MashaAllahbelum habis baca half way to go tapi terlalu mengujakan untuk kongsi reviu di sini ah sungguh la buku ni wajib dibaca oleh tiap umat nabi sallallahu'alayhiwassalamgaya penulisan ada terkena jelmaan mitch albom tuesdays with morrie sungguh buat diri rasa teruja yang masih terkawal untuk jejak dan sujud di bumi mulia mekkah n madinah Tuhan sampaikan aku jadikan aku tetamu istimewaMu


  3. says:

    Buku yang perlu dibaca 3 in 1


  4. says:

    Buku ini terbaik untuk persiapan dan persedian menunaikan hajiBetapa buku ini memberikan inspirasi untuk berusaha gigih mendapatkan haji mabrurPergi haji ni bukan sekadar cukup duit semataTapi segigih mana kita buat persiapan pergi untuk menerima jemputan ke rumah AllahKagum saya dengan kesungguhan penulisPada ketika saya kencang bercerita tentang keinginan saya untuk menunaikan hajiSeusai buku ini saya hadam Saya jadi malu dengan keinginan yang semata angan anganYang saya sedar usaha saya belum segigih yang selayaknya saya menjadi tetamu AllahIni bukan cerita pergi melancong ke bali ke korea ke mahupun JepunYang persediaannya esok nak pergi malam ni baru bersiapIni cerita kau mampu nak bangun malam buat solat sunat taubat tahajjud istiharahconsistently?Ini cerita kau mampu nak ubah buruk kau dan janji kau lebih baik lepas pergi haji?Ini cerita sudah sudah lah dengan hiburan duniawi Banyak banyak lah mempersiapkan diri menuju IlahiIni cerita kalau kau susah sikit panas sikit bersesak sikit penat sikit mengantuk sikit semasa di Tanah Haram Sungguh kau mampu sabar? Sungguh kau mampu tahan? Sungguh kau boleh istiamah?Justeru Saya sarankan bacalah buku iniIa macam complementary kepada buku ritual ibadah haji yang TH sediakan