MOBI multi channel.co ô Pedagogi Bahasa Tertindas ePUB Ó Pedagogi Bahasa

Manuskrip ini muncul untuk menyatakan bahawa kesan perlaksanaan dasar PPSMI lebih besar dari pencapaian murid dalam subjek Sains dan Matematik sahaja Dasar ini akan mewujudkan kesan makro terhadap polarisasi kaum Jurang di antara masyarakat bandar dan luar bandar akan semakin melebar sebahagian besar masyarakat luar bandar berpotensi untuk ‘marginalised’ di akhirnya akan membentuk semula masyarakat ‘pecah dan perintah’Manuskrip ini dibina secara epistolari menerusi surat surat yang dihantar oleh tiga watak minimalis iaitu Dr Hussein Taha anaknya Widya Wassini dan juga anak saudaranya iaitu Zulfa Ali serta ayah kepada Zulfa dan adik kepada Dr Hussein iaitu Datuk Farid NasrSaya menggunakan ‘manuskrip’ berbanding ‘novel’ untuk menggambarkan isu yang masih belum selesai walaupun PPSMI telahpun dimansuhkan Pesan Buya Hamka di dalam bukunya Falsafah Hidup;’Sebagaimana terpandang hina dan terpencil dari masyarakat orang yang meninggalkan bahasa ibunya atau bahasa tanah airnya yang dengan dia lidahnya lebih sanggup menerangkan segala perasaan hatinya lalu meminjam bahasa dan loghat orang lain semata mata kerana hendak menjadi megah padahal bahasa asing itu tidak diketahuinya sampai kepada dasarnya; maka lebih terpandang hina lagi manusia yang melebihi daripada kekuatan dan kesanggupannya atau memilih yang sebenarnya bukan pakaiannya’ Kata Penulis halaman lima


10 thoughts on “Pedagogi Bahasa Tertindas

  1. says:

    Dengan mengambilkira naskah terdahulu penulis saya mengharapkan sesuatu yang lebih lantang dari sudut hujah penentangan terhadap dasar PPSMI Maka saya benar benar ingin melihat gelegak darah muda yang tidak mahu terus menyaksikan Bahasa Melayu dibunuh secara terancang kerana menurut penulis manuskrip ini tidak diolah penghasilannya pada 5 tahun lebih awal sebelum penerbitanBahasa ialah asas pembentukan peradaban sesuatu bangsa dan Bahasa Melayu tampil gah pada awal wujudnya ketamadunan manusia Menghakis hak Bahasa Melayu adalah sama tindakan membakar perlahan lahan sejarah yang telah tertulis Walaupun tujuan utama PPSMI diperkenalkan adalah untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris seawal peringkat sekolah ini bukanlah cara terbaik Kerana bangsa yang maju tidak sesekali melucutkan jati diri apatah lagi maruah bangsanya yang telah terbina sejak berkurun laluDi antara siri siri surat yang terkandung saya lebih berminat terhadap luahan nasib Zulfa sebagai bahan ujikaji keberkesanan pelaksanaan dasar ini yang ternyata berakhir dengan pelbagai kesan sampingan Selain kemerosotan pencapaian matapelajaran Sains dan Matematik perlembagaan negara turut tercalar apabila bahasa asing lebih diangkat berbanding Bahasa Kebangsaan Mujur pada 2012 dasar PPSMI telah dimansuhkan secara soft landing approach dan Bahasa Melayu kembali bertakhta sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik di samping memperkenalkan dasar MBMMBI Jika tidak kita yang menjunjung warisan bahasa maka lenyaplah kegemilangan sebuah bangsa


  2. says:

    Sebuah novel warkah yang menampilkan beberapa watak yang cuba memperjuangkan tentang pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris PPSMIDalam warkah warkah yang ditulis banyak diselitkan falsafah falsafah dan penegasan betapa pentingnya memanfaatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam menuntut dan penyebaran ilmu sebagaimana kegemilangannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka Pada zaman itu Bahasa Melayu dijadikan lingua franca dan diguna pakai secara meluas oleh masyarakat serantauLihat di negara negara maju yang lain contohnya seperti negara industri Perancis dan Jepun mereka tidak malu menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri malah menetapkan sesiapa yang hendak menuntut ilmu di negara mereka diwajibkan belajar dan mahir menutur dalam bahasa ibunda merekaSebagai seorang yang pernah ditikusmakmalkan dengan PPSMI dari awal tahun diperkenalkannya membaca buku ini membuatkan diri lebih cinta akan bahasa kebangsaan dan untuk mendalami bidang sastera


  3. says:

    38Semalam adik beritahu di Pekan Rabu Alor Setar ada buat lelong buku Kebetulan pada hari ini nak ke Alor Setar jadi singgah sekejap Tinjau punya tinjau tak ada buku yang berkenan di hati Tapi dah alang alang singgah sambarlah tiga buku 3 buku RM20 Pesta Buku Lelong ini bermula 17 Ogos hingga 2 September 2018Saya selak buku Pedagogi Bahasa Tertindas ZF Zamir katanya manuskrip asal dihantar untuk penyertaan HSKU 2008 kategori novel remaja Apabila balik ke rumah saya buka antologi Batu batu di Jalanan menurut laporan penilai ada empat manuskrip yang dibawa ke peringkat akhir dan tiga daripadanya menang Yang tinggal manuskrip Warkah Terakhir Buat Abang Barangkali inilah judul asal manuskrip buku ini Ini buku pertama Zul Fikri Zamir yang saya baca Pada mulanya saya ingatkan buku ini genrenya esei atau tulisan umum Rupa rupanya novel Dalam masa dua hari buku ini selesai dibaca Isu utama yang diketengahkan tentang penentangan PPSMI Namun di sebalik itu saya melihat tulisan penulis mengendong beberapa pemikiran dan falsafah tentang budaya membaca berfikir dan budaya ilmu Tetapi ingat bahawa ilmu tanpa fikiran akan menjahanamkan Maka jangan berhenti berfikir kerana fikir itu sendirinya sudah menjadi sikap dan perwatakan ilmu Dan proses untuk berfikir tidak lain adalah dengan membacaSetakat ini saya telah membaca dua buah novel yang mengangkat perjuangan penengangan PPSIM Sebuah lagi novel berjudul Waris Pejuang karya Ruhaini Mat Darin UPD HSKU 2011 Jika mengambil tempoh masa penerbitan novel Waris Pejuang nampaknya Zul Fikri terlebih dahulu menulis tentang PPSMI Pedagogi Bahasa Tertindas disampaikan menggunakan bahasa sederhana tetapi masih berkesan Hal ini demikian barangkali kerana tujuan asal manuskrip ini ditulis untuk bacaan sasaran remaja HSKU Selepas membaca buku ini pastinya saya akan mencari buku tulisan beliau yang lain


  4. says:

    Ibrah Rumusan yang dapat saya hadam apabila mengakhirinya Ditulis dengan sederhana jernih dan lurus Satu gaya yang tidak asing daripada Zul Fikri Zamir lewat karya karya yang diterbitkan sebelumnya Bagaimanapun kita dapat melihat dengan jelas pengaruh gaya penceritaannya yang bermain dengan beberapa susur masa dan berujuk silang dengan petikan kata dalil fakta dan sejarah seperti penulis Faisal Tehrani terutamanya novel 1515 Manakala gaya persuratannya mungkin telah di simpulkan sendiri oleh penulis di penghujung buku bahawa ianya mengambil penghormatan dari buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya besar Buya Hamka Saya mengerti mengapa ia dipanggil manuskrip bukan novel Watak wataknya begitu minimalis untuk menjadi medan perantaraan perbincangan berat perjuangan bahasa Melayu yang melalui saat getir ketika dasar PPSMI berlaku Bagaimanapun kita merasai kekuatan semangat dan jiwa mereka lewat soalan dan penyataan Soal Widya Bangsa saya sendiri ayah tiada mengambil iktibar akan kekuatan bahasanya sendiri yang pernah menjadi lingua franca pada zaman Kerajaan Melayu Melaka satu masa dulu Mengapa terjadi perkara seperti kebutaan terhadap sejarah sehingga sebegini rupa Ayah? Dr Hussein Taha menulis Anakanda hayatilah nasihat ayahanda ini bahawa ilmulah satu satunya benteng yang untuk selamat di dunia malah akhirat Tetapi ingat bahawa ilmu tanpa fikiran akan menjahanamkan Maka jangan henti berfikir kerana fikir itu sendirinya sudah menjadi sikap dan perwatakan ilmu Jelas Zulfa Jika Papa memilih untuk mementingkan kepentingan hari ini lantas menodai masa depan negara yang mempunyai cahaya yang cerah kesannya bukan melibatkan Papa seorang Kesannya akan dirasai oleh seluruh generasi bangsa kita sendiri Sesal Datuk Farid Nasr Dengan segala kekuatan baharu yang wujud dalam diri ini akan saya pergunakan untuk mengembalikan visi dan semangat Abang yang tak pernah luntur untuk melihat bangsa kita berdiri sama tinggi dengan bangsa lain Perkembangan watak perlu walaupun membicarakan isu ilmiah Saya kira ini sebagai teknik untuk 'memanusiakan'nya Kerana dasar manusia itu sendiri memang memandang remeh perbincangan akademik kerana kononnya ianya semata mata hanya barlandas teori bukan eksekusi Walaupun dari kulit ke kulit menyampaikan maksud yang satu bahawa bahasa Melayu melalui zaman penindasan atas nama perlu bergerak ke hadapan ianya tidak menjerakan kerana dikupas berperingkat Pandangan peribadi walaupun punya simpati saya sendiri memandang enteng kesan kesan dasar PPSMI Naskah ini mengejutkan saya dari lena setelah membaca petikan ini Sebagaimana terpandang hina dan terpencil dari masyarakat orang yang meninggalkan bahasa ibunya atau bahasa tanah airnya yang dengan lidahnya lebih sanggup menerangkan segala perasaan hatinya lalu meminjam bahasa dan loghat orang lain semata mata kerana hendak menjadi megah padahal bahasa asing itu tidak diketahui sampai kepada dasarnya; maka lebih terpandang hina lagi manusia yang melebihi daripada kekuatan dan kesanggupannya atau memilih yang sebenarnya bukan pakaiannya Buya Hamka Falsafah Hidup Pedagogi Bahasa Tertindas adalah satu naskah komprehensif boleh di habiskan semalaman dan satu pelaburan pembacaan yang berbaloi Antara terbitan terbaik Dubook Press Dan saya akan terus mengikuti karya karya Zul Fikri Zamir


  5. says:

    Meniliti setiap helaian buku ini jelas menujukkan keluhan hati penulis mengenai kesan negatif terhadap pelaksanaan sistem PPSMI Sungguhpun sistem PPSMI akan dihapuskan kelak namun kesannya terhadap pelajar yang menjadi mangsa sistem ini sangat mendalam Penulis amat menekankan tentang hubungan antara kepentingan sejarah ilmu sifat inkuiri pemikiran pembacaan bahasa dan agama yang saling berkaitan secara langsung dalam percambahan ilmu Cara penyampaian penulis sangat menarik yang berbentuk manuskrip sarat dengan pelbagai rujukan akademik Secara peribadi saya amat tertarik dengan kata kata Ibnu Sina pada halaman 93 Jiwa umpama lampu kaca dan pengetahuan ialah cahayayang memberi api dan hikmah Tuhan ialah minyaknya Sekiranya ia menyala kamu hidup Sekiranya ia padam kamu matiSistem pendidikan moden yang acuannya disediakan oleh barat walaupun berjaya dari segi pembangunan materi jelas sekali menunjukkan penurunan dari segi moral dan etika Penulis juga mengajak pembaca agar kita kembali kepada asas ilmu itu sendiri iaitu berfikir seperti yang telah dijelaskan penulis dalam halaman 59 dan 60 Ibn Khaldun menjelaskan terdapat tiga tingkatan berfikir iaitu kemampuan untuk membeza al al ut tamyizi kemampuan fikiran untuk memberikan idea baru al al tajribi serta kemampuan berfikir untuk melengkapkan manusia dengan ilmu al al an nadzari Penggabungan ketiga tiga ini akan mewujudkan manusia yang dapat mencapai tahap kesempurnaan yang murni dari segi jiwa dan perspektif yang menurut Ibn Khaldun makna realiti manusia al haiah al insaniahRealitinya masyarakat pada hari ini semakin asyik dengan budaya hedoinism Acapkali peringatan yang disampaikan daripada Tuk Ayah kepada Widya tentang pentingnya bahasa demi memastikan kemandirian dan nilai etika sesebuah bangsa daripada terpengaruh dari budaya luar yang negatif Penulis sekali lagi menunjukkan betapa pentingnya Bahasa Melayu sebagai medium perantaraan ilmu Penulis sekali lagi memberi peringatan kepada pembaca bahawa masih ada ruang dan waktu untuk kita perbaiki kesilapan yang telah dilakukan oleh orang orang terdahulu Saya teringat akan kata kata Soe Hok Gie dalam tulisannya Catatan Seorang Demonstran Generasi kita ditugaskan untuk memberantas generasi tua yang mengacau Generasi kita yang menjadi hakim atas mereka yang dituduh koruptor koruptor tua Kitalah yang dijadikan generasi yang akan memakmurkan IndonesiaSebagai generasi Y dan juga mangsa eksperimen PPSMI adalah menjadi tanggungjawab sosial untuk mengubah kembali landskap pendidikan negara kita agar bahasa Malaysia akan terus berkembang menjadi bahasa ilmu seiring dengan bahasa bahasa yang lain


  6. says:

    Naskhah perjuanganTidak seperti SBPUBK bait surat itu walau tenang damai dan teratur namun terasa begitu perlahan Ini bukan bacaan page to page atau mungkin energy itu telah ditumpahkan sepenuhnya ke SBPUBK maka excitement itu jadi mendatarEntah pihak mana yang sudi mengambilkira dan mengkaji pandangan penulis jadi kita hanya boleh membayangkan manuskrip ini seperti satu warkah yang telah dibaca dari tahun dan tahun malah akan terus dibaca dari zaman ke zaman


  7. says:

    buku pertama patut saya perkatakan yang saya baca dari non fiksi genre mungkin belum bertemu rentak asalnya pada muka pertama hadapan jadi agak lambat pemahaman dan bacaannya tapi selepas beberapa muka surat sudah dibaca saya jadi bertambah seronok untuk mengetahui lebih lanjut apa yang cuba digarapkan dalam buku iniseperti yang cuba disampaikan saya sangat menyokong usaha yang cuba dibawa kerana saya juga salah seorang pelajar yang dijadikan bahan eksperimentasi dalam penggunaan bahasa asing didalam sains dan matematik berhasil? mungkin ya mungkin tidakbuku ini patut dibaca oleh setiap seorang banyak terapan pengajaran boleh diambil dan ianya ringan bukan siri buku informasi yang sarat fakta dengan penyampaian yang membosankan ia ditukar menjadi surat sambungan menarik jadinya isi tersampai dan tambahan ilmu yang banyak luar dari tajuk cerita tapi berguna untuk diketahui berharap penuh bukan sahaja patut dibaca oleh semua orang malahan diletakkan di perpustakaan sekolah supaya pelajar terus celik untuk hal semasa seperti ini do i recommend this book? totally for everyone


  8. says:

    Sepertimana saya menyukai surat surat yang ditulis oleh Zainuddin kepada Hayati di dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk seperti itu jugalah saya menyukai setiap bait bait kata kata dalam kesemua surat di dalam buku ini Terima kasih buat naskhah berbentuk perjuangan ini Terima kasih


  9. says:

    Persis Surat Surat Perempuan Johor karya Faisal Tehrani Menyampaikan isi melalui utusan surat menyurat Juga persis karya Faisal Tehrani menguspas isu yang besar melalui novel Membayangkan sebuah keluarga yang sangat intelektual untuk berutus surat tentang isu isu yang berat


  10. says:

    satu pembuka mata dan minda